![Promo | Mini Karnival Didi & Friends | 30 Nov - 3 Dis | Alor Setar, Kedah](https://i.ytimg.com/vi/Jj9ijkkAPXY/maxresdefault.jpg)
Mini Karnival Didi & Friends TERBESAR akan berlangsung di Kedah buat kali pertamanya yang diceriakan oleh Caliph Kids Supplement - The Kids Expert. Karnival kali ini paling besar yang kami pernah buat. Macam-macam aktiviti ada! Yang paling seronok, masuk adalah PERCUMA!
Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends di bahagian utara. Siapa yang duduk di Kedah, Penang, Perlis, Perak dan berdekatan boleh datang! Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.
Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 4 hari dari 30 November sampai 3 Disember (Khamis - Ahad) di Stadium Sultan Abdul Halim dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda semua. Antaranya adalah :
- Tayangan Cerita-Cerita Didi & Friends
- Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
- Mini Muzikal Didi & Friends ft Kapten Caliph
- Ramah Mesra Bersama maskot Didi & Friends
- Menyanyi dan menari bersama maskot Didi & Friends
- Pemberian Hadiah
- Jualan Barangan Didi & Friends
- Pertandingan Mewarna
- Dan banyak lagi
Jom datang beramai-ramai ke Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan, saudara mara untuk memeriahkan lagi mini karnival ini.
Ibu bapa, jom bawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends pada hujung bulan November ini. Jangan lepaskan peluang ini.
Jumpa anda di sana! Hora Horey!
Promo | Mini Karnival Didi & Friends | 30 Nov - 3 Dis | Alor Setar, Kedah | |
186 Likes | 186 Dislikes |
83,937 views views | followers |
Film & Animation | Upload TimePublished on 27 Nov 2017 |
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét