KARNIVAL 1 BILLION DIDI & FRIENDS | 14 September - 17 September | Quill City Mall, Kuala Lumpur | 10 pagi - 10 malam
Didi & Friends kini sudah mencecah 1 Billion views di YouTube. Yay! Terima kasih kepada semua peminat terutamanya peminat kecil Didi & Friends! Sempena 1 Billion Views Didi & Friends di YouTube, Digital Durian akan mengadakan karnival TERBESAR untuk semua peminat Didi & Friends yang diceriakan oleh Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Karnival 1 Billion Didi & Friends #1BDidi akan berlangsung pada 14 - 17 September di Quill City Mall, Kuala Lumpur dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ini adalah karnival TERBESAR Didi & Friends yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik. Yang paling seronok, masuk adalah PERCUMA!
Karnival 1 Billion Didi & Friends #1BDidi akan ada lebih banyak aktiviti, lebih banyak lagu dan cerita baru, lebih besar dan lebih menarik. Di samping itu, kami juga akan mempromosikan lagu-lagu baharu Didi & Friends akan ditayangkan di Astro Ceria & YouTube pada Oktober nanti.
Karnival 1 Billion Didi & Friends #1BDidi ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, menyanyi dan menari tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.
Karnival 1 Billion Didi & Friends #1BDidi akan berlangsung selama 4 hari dari 14 September - 17 September bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur dari 10 pagi sehingga 10 malam.
Terdapat aktiviti-aktiviti menarik untuk anda sertai. Antaranya :
- Menari & Menyanyi di Muzikal Didi & Friends
- Karaoke bersama Didi
- Manicure bersama Nana
- Bina bongkah bersama Jojo
- Petik buah di ladang Pak Atan
- Lari dalam guni bersama Mon
- Cari harta karun di Pulau Hokey Pokey
- Baling Tin bersama Bingo
- Lontar gelung bersama Happy Bear
- Lompat Teng Teng
- Penampilan maskot Didi & Friends
- ‘Storytelling’
- Tayangan Konsert Hora Horey
- Pertandingan Hias Kek Didi & Friends
- Pertandingan Kostum Kreatif Didi & Friends
Dan banyak lagi…
Selain aktiviti untuk keluarga, terdapat juga jualan barangan Didi & Friends dengan diskaun yang menarik. Anda juga boleh dapatkan makanan & minuman di Kedai Mesra di Karnival 1 Billion Didi & Friends.
Untuk ibu bapa jangan risau kami akan menyediakan ‘hand sanitizers’ di setiap tempat untuk anda & anak-anak anda gunakan di karnival nanti :)
Jom bawa anak-anak ke Karnival 1 Billion Didi & Friends pada bulan September ini. Jumpa anda di sana! Hora Horey!
Hiburkan hari minggu bersama keluarga di Karnival 1Billion DDF. Anda pasti terhibur! #1BDidi #didiandfriends
Karnival 1 Bilion Didi & Friends #1BDidi | 14 - 17 September 2018 | |
| 200 Likes | 200 Dislikes |
| 58,100 views views | followers |
| Film & Animation | Upload TimePublished on 4 Sep 2018 |
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét